Perkahwinan dengan Rasulullah Saudah binti Zam'ah

Saudah binti Zam'ah, yang menjadi wanita pertama berhijrah ke Habsyah atas jalan Allah. Selepas kematian suami beliau, beliau menetap bersama bapanya yang sudah lanjut usia. Beliau dikhabarkan sebagai wanita yang tinggi dan bertubuh besar, dengan akhlak yang baik dan periang, sesuai untuk menjaga rumahtangga Nabi Muhammad s.a.w.[4]

Maka, Nabi Muhammad memberi keizinan untuk Khaulah binti Hakim untuk bercakap kepada Abu Bakar r.a. dan Saudah tentang perkara itu. Khaulah terus ke Saudah dan berkata, "Mahukah kamu dikurniakan Allah suatu rahmat yang besar, wahai Saudah?" Saudah bertanya, "Dan apakah itu, wahai Khaulah?" Dia menjawab, "Rasulullah telah menghantar aku untuk meminangmu!" Saudah cuba menahan diri walaupun berasa terlalu teruja dan membalas dengan suara yang bergetar, "Saya menyukainya! Pergilah kepada bapaku dan beritahu dia hal ini." Khaulah menuju ke Zam'ah, seorang tua yang cengil, memberinya salam dan kemudian berkata, "Muhammad anak kepada Abdullah anak kepada Abdul Muttalib, telah menghantarku bertanya Saudah untuk dikahwininya." Orang tua itu dengan lantang berkata, "Sekufu dan mulia. Apa yang dikatakan Saudah?" Khaulah menjawab, "Dia menyukainya." Dia menyuruh Khaulah memanggil Saudah. Apabila Saudah tiba, dia berkata, "Saudah, wanita ini mendakwa yang Muhammad anak kepada Abdullah anak kepada Abdul Muttalib telah masuk meminangmu. Dia sekufu dan mulia. Mahukah kamu aku kahwinkan dengannya?" Dia bersetuju, merasakan ia satu penghormatan yang sangat besar.[4]

Nabi Muhammad s.a.w. menikahi Saudah pada bulan Ramadhan tahun kesepuluh selepas kenabian baginda (i.e., in April/May 620), beberapa tahun selepas kewafatan Khadijah r.a..[5] Menurut Ibn Sa’d, Saudah wafat pada tahun 54 Hijrah. Jika beliau hidup sehinga lapan puluhan tahun, beliau dikatakan mengahwini baginda pada usia 27. Jika beliau mencecah 90, maka beliau berkahwi pada usia tidak lebih 37 tahun yang ketika itu baginda berusia 50 tahun. [6]

Saudah menetap bersama keluarga Nabi Muhammad s.a.w. dan menjaga urusan rumahtangga dan anak-anak perempuan baginda sementara Aisyah binti Abu Bakar yang baru ditunangkan dengan baginda masih tinggal di rumah ayahandanya. Hal tersebut mengejutkan warga Makkah yang baginda mengahwini janda yang sudah berusia mahupun jelita. Nabi Muhammad s.a.w., walau bagaimanapun, masih ingat ujian perit yang ditanggung Saudah ketika berhijrah ke Habsyah, meninggalkan rumah dan harta, merentasi padang pasir dan laut untuk ke negara yang tidak dikenali semata-mata ingin mempertahankan agamanya.[4]

Selepas Hijrah, masyarakat Islam mula berkembang pesat.[4]

Selepas Aisyah memasuki rumahtangga baginda, kedua-duanya menjadi rapat. Malah, Aisyah selalu menyebutkan kebaikan Saudah dan mencontoh sikapnya yang baik. Aisyah pernah menyebut:

Tiada seorang wanita pun yang paling aku sukai agar aku memiliki sifat seperti dia seorang perempuan pun yang ku inginkan agar aku menjadi dirinya melebihi Saudah karena ketegasannya dan kekuatan jiwanya.
—H.R Muslim, Nasa'i, Baihaqi dan Ibnu Majah

Apabila menjelang usia tua, baginda risau Saudah akan berasa kecewa atau sedih kerana harus menyangi isteri-isteri baginda yang lain yang lebih tua dan menawarkan beliau perceraian. Beliau yang tidak mahu hal begitu berkata beliau sanggup untuk menyerahkan bahagian malamnya kepada Aisyah, yang juga disayanginya, kerana dia mahu menjadi isteri baginda pada Hari Kebangkitan nanti.[4] Hal ini turut dikisahkan oleh Aisyah:

Ketika dia telah tua, dia memberikan bahagian malamnya bersama Nabi kepada Aisyah.
—H.R Muslim dalam Ar-Radha',10/48(1463)